sekadar hiasan jeeerr.. |
Bahan-bahannye:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering - buang biji dan rebus, toskan
1 labu bawang putih - diketuk ala kadar je
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air
½ cawan udang fresh
1 cawan daging rebus - potong nipis
Sawi - sukatan ikut suka, potong
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam - ikut jumlah hidangan
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun sadri & daun bawang - jika suka
PERHATIAN:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, jadi janganlah pepandai masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa (jangan mare). Nanti jadi mee lain...
Cara memasak:
1. Kisar cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
2. Panas sedikit minyak didalam kuali
3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan goreng garing ye ....
4. Masukkan sos tiram
5. Masukkan udang, daging rebus
6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat
Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
5. Hidangkan.
CARA2 MEMBUAT SOS/REMPAH MEE BANDUNG MUAR
Bahan-bahannya
1 kilogram cili kering,
1/2 kilo udang kering,
5/6 ulas bawang putih
Tumiskan bawang putih , lepas tu masukkan cili kering yg telah dikisar. Pastikan minyak dah terbit dalam kuali , lepas tu masukkan udang kering yang dah dikisar..biar sampai masak… bolehlah masukkan garam skit, gula skit (terpulang pada citarasa masing-masing, tapi jangan la manis pulak).
Bila dah sejuk, masukkan ke dalam bekas kecil tu… tapi mesti simpan dlm freezer ya…..
Good Luck!
0 comments:
Post a Comment